Followers

Nota

KESEDARAN PERKAITAN PELBAGAI BAHAGIAN TUBUH BADAN

Kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian tubuh badan membawa maksud gerakan yang mempunyai hubungan antara tubuh badan dengan bahagian tubuh badan yang lain  atau antara tubuh badan dengan alatan.
Bergerak untuk Menunjukkan Perkaitan antara Satu Bahagian Tubuh Badan  dengan yang Lain
Dalam kemahiran ini, pelaku akan bergerak  dengan menggunakan dua bahagian tubuh badan.
Aktiviti yang dilakukan adalah:
  • Melompat sambil  mencangkung dengan kedua-dua belah tangan lurus ke hadapan.

  • Berdiri sambil membengkokkan sebelah lutut dengan mendepakan kedua-dua belah tangan ke atas.

  • Menyokong badan dengan kedua-dua belah tangan di atas lantai sambil sebelah kaki diangkat keatas dan sebelah lagi memijak lantai.

  • Menyokong badan dengan kedua-dua belah tangan sambil mengangkangkan kedua-dua belah kaki di udara

  • Kedua-dua belah tangan mendekam kelantai dengan sebelah kaki lurus dan sebelah lagi dibengkokkan di atas lantai

  • Berdiri tegak dengan mendepangkan kedua-dua belah tangan ke atas.

Mengerakkan Bahagian Tubuh Badan untuk Menunjukkan Perkaitan di antara Satu Bahagian Tubuh Badan dengan yang Lain
Dalam pelakuan ini, pelaku akan menggerakkan bahagian tubuh badan yang akan menukar bentuk kepada pergerakan badan yang lain. Dalam kemahiran ini, faktor imbangan akan membantu pertukaran pergerakan.
  • Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi dan kaki dirapatkan.

  • Berdiri atas sebelah kaki dengan sebelah kaki lagi diangkat ke belakang lurus selari dengan permukaan lantai dengan tangan lurus ke hadapan.

  • Berdiri atas sebelah kaki dengan tangan didepangkan dan sebelah kaki diangkat ke hadapan selari dengan permukaan lantai.

  • Sebelah tangan dan sebelah kaki yang dibengkokkan menyokong badan di lantai sambil  tangan dan kaki sebelah lagi lurus ke atas.

  • Kedua belah tangan mendekam ke lantai, sebelah lutut dan hujung jari kaki  jejak ke lantai, badan dilentikkan sambil sebelah kaki lagi lurus ke atas.

Bergerak untuk Menunjukkan Perkaitan Bahagian Tubuh Badan dengan Alatan
Kemahiran ini memerlukan pelakunya bergerak dengan pelbagai cara bergantung kepada jenis alatan seperti melompat dan lain-lain.
  • Berlari menuju ke arah alatan

  • Melompat melepasi alatan dengan kedua-dua belah tangan  diangkat ke atas. Mendarat dengan kedua-dua belah kaki yang dibengkokkan dan kedua-dua belah tangan lurus ke hadapan.



Mengerakkan Tubuh Badan untuk Menunjukkan Perkaitan Bahagian Tubuh Badan dengan Alatan
Pelakuan yang dilakukan dalam kemahiran ini ialah menggerakkan bahagian tubuh badan semasa dialatan. Pergerakan dilakukan sama ada di atas, di bawah atau sebagai halangan.
  • Bergerak perlahan menyusur di atas peti lombol dengan melembutkan anggota badan.

  • Menyokong kepala dengan kedua belah tangan dan menolak badan serta kaki untuk membuat gulingan ke hadapan di atas bangku gimnastik.

Menyokong Badan di atas Satu Tapak Sambil Mengerakkan Bahagian Badan yang Lain untuk Mendapatkan Kestabilan
Kemahiran ini membolehkan pelakunya diatas bahagian tubuh badan yang stabil contohnya tapak kaki, tangan, lutut, punggung dan lain-lain.
  • Buat dirian tangan  sambil badan dan kaki lurus ke atas

  • Buat dirian tangan sambil mendepankan kedua belah kaki ke udara

Mengalihkan Beban dari Pergerakan yang Stabil ke Pergerakan Baru dengan Mengunakkan Bahagian Tubuh Badan untuk Mendahului Pergerakan
Dalam kemahiran ini pelaku akan bergerak, mengalih atau menukar dari keseimbangan asal ke tapak yang lain contohnya dari sokongan tangan ke kaki. Pelaku mesti tahu bahagian tubuh badan yang sesuai untuk memulakan gerakan.
  • Berdiri dengan tangan lurus ke hadapan dan lutut dibengkokkan. Jatuhkan bahagian pinggul dan belakang.

  • Sokong dan tolak badan dengan kedua-dua belah tangan apabila tiba di bahagian  tengkuk. Gulingkan badan ke belakang.

  • Kembali ke posisi berdekam dengan dengan kedua-dua belah kaki diturunkan perlahan-lahan.

  • Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi

Mencipta Tubuh Badan Setelah Menentukan Kedudukan Bahagian Tubuh  Badan
Dalam kemahiran mencipta tubuh badan setelah menentukan kedudukan bahagian tubuh  badan, pelaku perlu bergerak untuk mencipta bentuk badan yang dikehendaki.
  • Berdiri tegak, tangan di sisi

  • Bengkokkan lutut dan merengkukkan badan

  • Tolak lutut dan punggung ke depan diikuti dengan pergerakan dada ke depan serta kepala ke belakang

  • Gerakkan tangan ke belakang dan terus ke atas

  • Akhiri pergerakan atas bebola kaki dan tangan diangkat lurus ke atas